"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind"

Tuesday, September 6, 2011

menunggu .

ditaip pada 6 sept 2011.

siapa tahu apa yang ada dalam hati aku saat ini ?
siapa tahu apa yang aku cuba sorokkan disebalik senyuman ?
siapa tahu seksa nya hati aku bukan sekadar lapisan atas hati aku ?

jangan ditanya kenapa hati ini keras seperti konkrit .
jangan ditanya kenapa kadang kala hati menjadi selembut tisu .

jika ia tertulis satu nama,tetap aku jaga nama itu sebaik mungkin.
jika hanya tinggal bayang2, akan aku kejar bayang2 itu.

walau seperit mane pun hati menangis,
walau sedalam mane pun luka terguris,
walau sebanyak mane pun titisan airmata.

aku tetap inginkan dia.
dia yang penah buat aku ketawa.yang buat aku tak sabar2 nak abes class,yang buat aku terbayang2 wajahnya.
dia juga yang buat aku tak tidur malam.
lena ku diulit mimpi indah bersama dia.
dia yang aku rindui setiap saat ku.
dia yang aku senangi ketika ingin berkongsi cerita.

ingin aku ungkapkan disini betapa aku merinduinya,
tanpa menyerah , aku tetap mendail number telefon nya walaupun tidak pernah berjawab.
tanpa rase penat,aku menaip bait2 rindu walaupun tidak berbalas.
bukan aku tak penah terasa ingin menyerah tapi hati ini tidak melepaskan dia pergi . 
kita bukan hanya seperti sepasang merpati yang mampu terbang bebas diudara,bukan seperti pasangan kekasih yang mampu berdua-duaan setiap masa.tapi kau lah teman aku bergurau senda,bergado sampai nak tercabut anak tekak.ketawa tak ingat orang sekeliling. itulah 'kita'.

masih aku ingat lagi dimana kau berjanji setia,
masih aku ingt lagi bagaimana kau ungkapkan perjanjian hak milik kita.

'you,i punya'
'you pun,alyaa punya'

walaupun kata2 ini terungkap hanya sekali dalam satu ketika,namun besar maknanya terhadap aku.
aku menunggu dengan penuh harapan . masih kah kau ingat satu ketika dulu .. kata2 itu pernah bermain dibibirmu ?
pernah kah kau sedar,kau memberikan aku setinggi2 harapan ? 
pernah kah kau fikir , keperitan ku kerana ditinggalkan ?
sesungguhnya,kau telah membawa hati ku pergi.dan aku sebagai pemiliknya masih setia menunggu kebahagian yang penah kau beri itu kembali ke dalam hidup ku.



sincerely,
alyaa

Wednesday, August 24, 2011

untuk dia

i rindu you gile babi.
you pegi mane ?
you dah lupe i ke ?
tak pe.i tetap tunggu you tau sayang.
kadang2 kalau i rindu you sgt2,i letak la gambar you jadi wallpaper handphone i.
kalau you tak ingat i tak pe lah,
i tetap ingat you.
jaga diri ea sayang.
i sayang you macam dulu <3
 

Saturday, August 6, 2011

al fatihah

untuk sekian kalinya aku menangis waktu nak berbuka puasa.aku rindu arwah.rindu sangat sangat.bulan puasa lah yang amat aku terasa kehilangan arwah.dulu selalu berbuka ramai2.arwah mesty duduk dekat bahagian hujung sekali.tahun lepas aku puasa dekat shah alam pun,aku tetap dapat berbuka same ngan arwah.tapi tahun ni aku tak dapat rase semua tuh lagi.dulu setiap kali aku balik umah arwah,balik dari shah alam,arwah mesty masakkan lauk kesukaan aku,pajeri nenas ngan kerabu mangga.nama aku mesty arwah sebut.aku rindu nak tengok senyuman arwah.aku rindu nak tengok arwah sibuk masak utk cucu2 dia kat dapur.pantang kitorang balik,ade je kuih yang nak dibuatnye.sampai aku sendiri tertanya,tak penah rase penat kah dia ? sekarang baru aku rindu nak tengok arwah baring dekat ruang tv kat dapur lepas penat masak.rindu sangat.

ingat lagi aku waktu arwah sakit,aku temankan dia dekat hospital hampir dua minggu.dari arwah tak sedarkan diri sampai lah ari terakhir.bila arwah buka je mata,aku nampak macam seorang baby yang baru lahir ke dunia.waktu tu rase syukur yang teramat.aku bercakap dengan dia walaupun aku tahu dia tak mampu bercakap balik.kadang2 bila arwah terbangun tengah malam,nama aku yang dia sebut dulu..ye sebab aku lah yang selalu dia panggil dulu waktu dia sihat.tok..alya rindu nak cakap ngan tok.dulu aku tak sanggup nak tengok tok aku derita melawan sakitnya.aku tak sanggup nak tengok dia haus,mintak air,tapi aku yang menitis airmata sebab tok aku waktu tu nil by mouth . aku cume bule titiskan air je kat tok.waktu tu aku rase nak ganti tempat tok.alya tak bule tengok tok derita macam ni.pagi2 alya lap kan badan tok,muka tok,salin pampers tok..biar alya kena buat semua tu sampai sekarang pun tak pe. tok ea yang doakan alya jadi nurse ? tapi kan tok,tok tak sempat nak hantar alya datang sini.alya pegi kubur tok,alya cume mampu pegang batu nisan tok.alya nangis sebab alya tak dapat nak cium tok,nak usap rambut tok macam alya selalu buat waktu tok sakit.tokk... sape yang nak baca kan yassin utk alya bila alya exam lagi.kalau dulu,mesty jadual exam tu alya copy bagi kat tok kan.sebab tiap kali exam,tok baca yassin utk alya.

tok.setiap kali raya,alya balik umah tok,mesty alya cari tok dulu.tahun ni mane dapat tengok tok duduk bersila balut ketupat pulut lagi. mane dapat rase rendang ayam tok lagi.tok.. kali ni raye,sape orang pertama yang alya nak cari ? nak tahu tak tok, kali ni baju raya pun alya biar je mama beli sebab alya tak rase pun nak raye tanpa tok.tokk.. tadi pun alya nangis lagi waktu nak berbuka sebab alya rindu kat tok.kawan alya kate,puase ni tok balik umah kan...nty tok nampak alya nangis ,tok pun sedih.tok.. alya tak nak tanya kenape tok pergi terlalu cepat sebab alya pun tak sanggup nak tengok tok sakit dulu.cuma waktu ni alya nak peluk tok.sebab waktu hari2 akhir tok kat dunia ni,alya tak dapat peluk tok dalam keadaan sihat.alya cume nampak tok terbaring lesu dan waktu tuh alya dah tahu sebarang kemungkinan akan terjadi.alya kena redha.penah dulu terdetik dalam hati lya,biarlah alya yang pegi dulu sebelum tok.tapi takdir bukan alya yang tentukan.


tok..alya rindu tok.al fatihah.

 

Sunday, July 31, 2011

menangis lagi

nak tahu tak ape perasaan aku kat sini ? nak tahu tak ape aku tengah buat sekarang ni kat bilik ? aku tengah pandang screen lappy sambil fikiran aku melayang ke satu mase sebulan yang lalu. bile aku dirumah sedang dalam dilema sama ada aku nak terima belajar kat sini ataupun tak.waktu kepala aku tengah bingung fikirkan masa depan yang bakal aku hadapi.7jam perjalanan ke seremban aku masih lagi terfikir adakah ini keputusan yang betul utk aku.


7hari aku disini,berbaldi airmata aku keluar.terasa berat sungguh bahu aku nak pikul.bukan kerana kawan2,bukan kerana pengajar disini.tapi kerana hidup disini tak sama seperti dulu.aku menangis memikirkan sama ada sanggup kah aku bertahan lagi 3 tahun disini.kini aku masih terasa seperti aku di alam mimpi.dan terlalu banyak pertanyaan yang kuar dalam kotak fikiran.kenape aku disini ? dan soalan yang same jugak la setiap kali aku nak tido,setiap kali ade masalah yang membebani aku.


kalau bukan kerana aku pk kesusahan mak ayah aku hantar aku kesini,aku nak je berpatah balik ke kajang.nak ajak tarik diri dari sini.pernah dulu aku kate,aku tak ley hidup tanpa korang LWP02I,yea,kini betol2 aku sedar aku amat perlukan korang.hidup aku tak sebahgia waktu bersama korang. sumpah aku dah tak dapat nak tanggung rindu. nak aje aku ajak korang buat ghtering macam dulu. aku rindu nak g ss2 nak lepak restoran barra.nak lepak ss13.lame sangat tak buat macam tu. 


p/s : korang.. aku rindu hidup aku yang lame.

Saturday, July 30, 2011

in relationship

i love you . do you love me like i do ? 

ermm. jangan senang sangat nak luahkan sayang,cinta tu kat orang.takut tak termampu nak jaga hati orang tu bile orang tu dah letak harapan dekat kite.kalau aku dah cakap sayang,memang orang yang terima perkataan tu dari aku lah yang aku sayang.walaupun airmata dah bule isi dalam baldi,tapi kalau dah sayang,aku tetap sayang. 
kau macam mane pulak ? bile dah tahu orang tu pun sayang kau,dan dan kau buat orang tu macam kau punye kann.suke aty kau je nak buat ape kan. 

sebelum in relationship , hujan kat luar pun  kau sanggup redah hujan sebab nak g topup. bila kau penat sampai nak pengsan pun kau sempat lagi text orang yang kau sayang tu kan.bile kau sibuk macam nak gile pun,kau ade mase lagi kan ngan dia.setiap malam kau bule korbankan mase lepak kau ngan kawan2 kau sebab nak bergayut ngan orang yang kau sayang tu kan.kau bule lupe hobby kau sebab nak bersama ngan orang yang kau sayang tu kan..tapi...

bila dah in relationship hujan renyai2 pun kau kate lebat sampai tak dapat nak jejak kaki kat luar umah pun.bile kau sibuk pun,kau mintak orang yang kau sayang tu faham.tapi kau tak faham hati dia.sekarang ni,bila kau ade mase je,terus kau lepak ngan kawan2 kau tanpa kau pk dia nak cakap ngan kau walaupun kejap.tambah2 sekarang,bile balik je rumah,orang yang kau sayang tu lah tempat kau lepaskan marah lepas kau penat .

bila dah tak in relationship,time tuh baru kau cari orang yang pernah sayang tu.baru kau tertanya2 orang yang kau pernah sayang tu tak rindu kat kau ke,padahal dulu dia la orang yang paling rindu ngan kau.waktu dah tak ade ni la baru kau fikir berapa banyak airmata orang yang kau pernah sayang tu dah jatuh sebab kau.bila dah jadi macam ni la baru kau nak cakap kau menyesal buat orang yang kau penah sayang tu macam tu,sedangkan dulu kau tak pernah pk betapa dia perlukan kau.

p/s : hargailah orang yang sayang awak sebab tak semestinya orang yang awak sayang tu sayang awak macam mane orang yang sayang awak tu sayang awak.

Sunday, July 24, 2011

stress ?

saya bukan nak mengadu dekat sini,saya bukan nak menghina tempat belajar saya,saya bukan nak kotorkan blog saya dengan kata2 yang teruk.tapi ini je tempat saya luahkan perasaan saya. awak faham tak ?


saya ada kawan,bukan dorang tak ambik berat,bukan jugak dorg tak tanya kenape saya jadi macam ni.. tapi ini lah perangai saya,saya tak pandai nak luahkan dekat orang.bukan saya tak hargai dorang,tapi saya tak nak dorang tahu yang saya ada masalah.sebab dorang akan susah aty bile saya sedih.saya tahu tu !


dekat sini saya ade mereka. tetap berenam walau kemane pun. tak berkire duit ringgit.kalau saya makan,dorang pun kena makan jugak. g mandi pun same2. sidai baju sama2.semalam kitorang tido sebilik semua.tapi saya tetap stress.dan baru hari ni roomates saya bagitau saya yang dia selalu nmpak muke saya stress.sedangkan yang lain selalu pk saya tak de masalah.


awak,awak tahu tak..saya bukan lah memilih atau demand ape2. tapi saya mengaku saya tak penah hidup susah.kat sini,saya cari bas nak balik kampung yang saya rase elok pun tak de.mesti ayah saya resau nanti saya nak balik raye . airport ? mungkin 10 tahun lagi baru ade airport kat seremban ni.muka saya dah macam cuka yang dah expired dah tadi.rase macam nak nangis2 je. tapi sebab kawan2 saya datang cite masalah,saya terus tak jadi nangis sebab saya tak nak bebankan dorang lagi. biar lah saya macam ni. 


saya tak tau sama ada saya mampu bertahan ke tidak kalau tak de dorang...


shafur,wawa,kila,fiqa,elly,aku,maiza *they are my new lovers :)
this is my new partner :)

wawa,aku,elly *kks students :p

sukan tyme . dah fit ohhhh !

nyte class.rajin kan ?

twins <3

i love them <3

i love u nur afieqa :)

Saturday, July 16, 2011

yang dulu tak kan same macam sekarang .

Dah lama rasanya aku tinggalkan blog ni. im not leaving yet oke ? :)

 but jujurnya aku agak tak de mase sampai aku rase lappy aku tak berguna. bukan tak berguna lah tapi rase macam tak nak bukak je. kecik aty ayah aku kang kalau cakap lappy tak berguna sebab dia yang belikan. 



first mybe sebab im still a freshiee kat sini. so many thing kena buat, and aku plak telah menggedikkan diri join activity2 and grab jawatan yang ade.sampai ade yang aku tolak sebab dah mula rase tak de mase tuk diri sendiri.basically makin hari makin aku bule adapt dengan environment sekarang dah keadaan sekarang walaupun banyak yang berbeza dari uitm dulu. kalau dulu balik kelas,bule lepak kat katil,sekarang tak payah la aku berharap nak merasa katil aku.  a lot of thing i have to do smpai aku lupa yang aku sgt penat. naseb baik mama bekalkan banyak nesvita,sebab jantung aku memang masalah bila nak kena buat benda yang memenatkan.alhamdulillah migrain tak datang menyerang lagi. 


bila aku dah dekat sini, baru lah aku terfikir,plan2 nak jumpe kawan2 kat kl tu terpaksa aku lupa kan kejap.bukan tak nak tapi keadaan sekarang tak sama macam dulu lagi. bule tengok sendiri, alyaa yang dulu tu,kaki online,asal korang online je mesty nmpak name aku kan,sekarang susa kan nak nmpak ? 
ini lah aku sekarang.


mama aku lagi la resau. sebab aku tak penah duduk 'asrama' sebelum ni.dia resau aku tak dapat makan , mmg bnyk bende yang aku tak makan ,siap suh aku beli makan kat luar lagi tapi memang lah tak sempat nak beli kat luar semua. makan je lahhhh. 

dah la kot.byeeee :)

Friday, July 8, 2011

new student here :)

Malam ni aku curi2 masa bukak lappy aku yang dulunye selalu jadi peneman aku.dah lama aku abaikan lappy aku ni. ada yang perasan aku hilang,ade yang cari.ade yang tertanya2. tapi maaflah kalau ada yang text aku,call aku .. tapi tak de jawapan. 


to those yang tak tahu,aku dekat seremban sekarang, futher my study . baru je seminggu aku dekat sini tapi masyaAllah sibuk nye aku kat sini. lain betul dengan hidup kat uitm dulu. awal2 aku masuk,aku dah mengis dua tiga hari.sumpah peraturan kat sini sangat lah ketat. korang mesty nak tahu kan ape yang ketat sangat smpai aku menangis. kat uitm dulu pun aku tak penah mengis. okeh.meh sini aku sebutkan...... 


peraturan2 nye adalah :


  1. hanya dibenarkan sekali shj dalam sebulan utk pulang ke rumah . (ada surat kebenaran waris oke ?)
  2. gate akan dibuka hanya pada pukul 5 ptg kecuali sabtu ahad.(so lepas pukul 5 baru bule kuar)
  3. balik ke asrama selewat2 nye sebelum pukul 9.30 malam.
  4. setiap malam pukul 9.30 pm, akan ada rowcall. (dah macam tentera kan ? )
  5. hari sabtu ada prep (dah macam asrama.mau aku tak menangis ?)
     
     


dan banyak lagi lah. aku nak sebut kat sini kang aku menangis lak kan. hari ni pun mmg aku bz jugak. balik kelas pukul 5pm terus gerak g meeting biro :) awal2 dah amek tanggungjawab kan.so rasekan la keletihan nye. pukul 6 habes meeting terus g makan. esok lak ade prep,ahad lak pegi putrajaya ade lawatan dengan biro. so dah cancel plan nak g beli barang utk kelas. *sorry ketua kelas. hehe.


but luckily,i found some new bff . yeas. kebanyak kan dari geng aku from uitm.so awal2 mmg masing2 tak dapat terima rules kat sini.selalu menangis. tapi masing2 selalu bagi semangat each other. now kitorg selalu same2. memang aku macam tak sangka yang dorg akan jadi bff aku sebab awal2 masuk tak penah rapat. tegur pun kadang2. haha.


one more thing, aku dapat roomates yang sgt sgt baik. caring tahap gaban. eventho same umo kan senior aku ni. tapi dah biase panggil kaka. sebab kat sini, wajib hormat senior. kalau terserempak kat jalan tuh kena wish. kalau tak,mmg kena banned. haha. ni satu perkara yang aku tak dapat nak terima. 




so cukup lah kot.nty sambung lagi .......... 

Monday, June 27, 2011

catatan seminggu .

19/June/2011

Hari ni , dia bangun lewat.lebih kurang pukul 3 baru dia bangun.aku kejut dia bangun tapi dia tertido balik.aku pulak ada function dekat hotel.so aku tak buleh msg dia je.tapi tak berbalas.aku dah mula pk bukan2.mane la dia ni,marah aku ke ? ermm. lepas tuh dia call aku,tapi aku tak buleh angkat,aku pesan kalau nak balik Melaka,text aku.lepas tuh dia explain la dekat aku kenape dia tak reply.texting dengan dia smpai petang.lebih kurang pukul 6 lebih,dia cakap,dia nak pegi jalan2 kejap.nanti text lagi.lepas tuh pukul 8 lebih pun dia tak text aku jugak,aku call dia.dia kata nanti dia text,ade hal sikit.ohhh oke. aku tahu dia dekat luar lagi.

malam tuh kitorang tak text langsung.aku pun pelik la dia tak penah sesibuk ni.tapi tak pe.aku relex je smpai pukul 12 ++ a.m.aku call dia,dia cakap .. sorry tak dapat msg aku,dia ade meeting sikit.aku pun letak handphone belum sempat dia abes kan ayat dia. pukul 2 pagi , aku msg dia,dengan harapan dia dah bule text.aku cakap sorry sebab kasar tadi.tapi tak berbalas.aku tunggu sampai aku tertido.

20/June/2011

Aku text dia.sebab dia kata dia nak balik Melaka hari ni.tapi satu pun dia tak reply.aku keep calling dia,tapi satu pun tak angkat.aku pelik.aku mula pk bukan2.macam2 aku pk.dan terkeluarlah ayat2 pasrah aku kat dia.sampai la petang aku sent msg gitu tapi harapan tinggal harapan . tak jugak berbalas . aku cuba tenangkan diri . Petang tuh aku tengok tv.dekat2 maghrib aku terima call dari kembar dia,soalan first yang dia tanya.. 'kau ade call along tak?'
aku cakap ade,hati aku mula rase tak sedap.aku pun tanya kenape.then dia kate 'along hilang'
astaga.aku dah mati akal bila dengar dia kata macam tuh.then aku tanya lagi,dia kate..'kitorang call tak angkat langsung,ayah aku call pun tak jawab.mmber2 dia tggu kat mamak smpai pukul 4pg tapi dia tak datang'.Waktu nih mmg aku gelabah tahap khinzir bertanduk.sumpah tak tipu.ye lah setiap hari aku dengan dia,tak kan lah aku tak terasa langsung kehilangan dia.start dari situ,aku lagi kalut try call dia.tapi sayang,tak langsung dapat.kembar dia lah yang aku selalu kacau nak tahu ape jadi.lebih kurang pukul 10 baru tahu yang dia selamat.lega sket rase hati ni. dah bule senyum :)
Kata kembar dia,dalam hari khamis atau jumaat dia akan balik. dalam hati aku cakap lame nye... ermmm.


21/June/2011

Aku kagum tengok adek dia,kuat je. aku pulak yang lemah semacam.kate adek nye,aku ni lemau je.kalau nak ikotkan dia lagi gelabah sebab diorang kembar.tapi aku mmg macam ni.cengeng dan cepat gelabah.aku tetap jugak call num dia walaupun aku tahu dia tak dapat nak angkat.memang aku rindu . thats my routine since i know him.he is my last person i text with before i sleep.its nothing fer me to online fb and skype when he is missing.aku menangis lagi malam ni.off lappy awal2.

22/June/2011

Aku online macam biasa dengan mood yang still tak cun.yang selalu aku layan pun aien ngn dora.aku rindu dia.status aku jugak keep on posting about him.my bff,do you miss me like i do miss you ? yeas.dia ade msg kembar dia ,dan dia kate nanti dia akan text aku.means dat,he still remember me even he is in trouble ryte now.Malam ni jugak adek dia ade post kat blog pasal dia,meleleh airmata aku baca. mungkin sebab i cant pretent like nothing had happen anymore.i noe i miss him so much.how could i survive without you ? everyday,im with you.sharing everything,all the stories we shared together.malam tuh aku tidur dengan airmata lagi.cepat lah kau balik -,-

23/June/2011

Hari ni khamis u olls.shiny shiny day yang aku tunggu since monday . haha. maybe today or tomoro,he ll come back. <3 how happy am i. but unfortunately , his twin told me that he cant go back yet. maybe next monday. ouchhhhh ! again, i have to wait. mmg terseksa jugak nak tunggu bila aku yang manja ni kan . macam baby hilang babysitter.yeas dats me ! mood kecewa sangat.aku tengok gambar2 dia,dalam facebook.semua album photoscape waktu aku skype ngan dia. aku rindu dia sangat malam ni.aku nangis lagi bila tengok semua gambar2 ni.sampai la aku tertido.

24/June/2011

The fact is i feel bored without him.dia teman segila aku,teman nak manja,teman yang always be my side.sometymes he becomes a sweet person to me. and i was fall in love with him . yeas. he is my bff :) forever and ever. never fall apart. and i ll make sure i wont stay away from him.as i promise,if i can stay near him,i wont let him cry , i wont let him down. Today, i got a decision which is made by my dad. he allow me to futher my study at seremban. how can i describe my feeling on that tyme ? bercampur baur sebab keputusan ni tak dapat aku nak bagitau dia.aku menangis lagi sebab since we knoe each other, i never make any decision without him.but i knew, this will make you happy as i do :) aku akan dekat dengan dia. dia kata kajang ambik masa 2 jam.jauhhh . oke sekarang sejam je dari dia .

25/June/2011

Hari ni sabtu. sepatutnye aku suke la sebab my parents cuty,of cos there ill be somewhere to go.plus aku tahu mesty nak g beli ape2 utk aku nak smbung study. tapi since pagi,aku dah sakit kepala.lunch pun aku tak makan sebab aku nak baring je dalam bilik.panas badan aku.petang aku bangun.sebab nak g beli toiletries. dengan kepala pening aku makan pulak durian.dah aku buat keja gile macam mane nak makan ubat.hmm.lepas habes beli barang2 terus aku ajak balik.dah tak pk nak pegi mane2 macam selalu.makan pun tak.malam tuh sakit kepala aku tak hilang lagi.nak makan ubat tak berani sebab aku dah makan durian.
waktu ni aku rasa something,waktu dia ada,aku tak demam pun. waktu dia ada,ulser yang nak jadi dalam mulut pun terus hilang macam tuh je.sebab aku malas mandi.dia yang selalu suruh aku mandi.makan . tak bagi aku tidur petang.sekarang aku demam.sebab penjaga aku tak de.aku betul2 rindu dia.malam ni aku makan ubat dengan harapan aku cepat tidur sebab aku pun ada penyakit susah tidur malam.tapi lambat jugak aku tidur.i miss you .


26/June/2011

awak awak,hari ni ary ahad,esok dia balik.yeas... dalam hati ade niat nak tidur pukul 10pm sebab cepat sket muncul hari isnin.tapi aku ni cakap je. mata aku memang jenis degil gile . tak nak punye tidor awal.awak2,kira seminggu dah saya tunggu awak.dah la malam ni pulak kedit aku abes kosong kosong.nak suruh ayah aku topup tadi ayah aku sibuk isi borang aku . so dia tak keluar malam ni. aku online sampai la pukul 2 , aku rasa. lepas tuh aku cari mood tido.

27/June/2011

morning awak ! hari ni isnin a.k.a monday.bangun dengan ceria plus resau sebab kredit masih kosong.tak dpt nak msg dia. dia mesty tak de kedit kan sebab dah seminggu tak pegang handphone.resau2.hari ni jugak aku mandi awal sebab takut dia call nanti,aku tak mandi lagi nanti dia marah.hehe. sekarang lagi 5 minit nak pukul 3. aku tetap tunggu skrin handphone aku tunjuk name dia. tapi tak de pun. sunyi gile handphone aku hari ni.sekrang aku tengah tunggu.. dan teruss tunggu dia...

                 

Wednesday, June 22, 2011

3tahun lagi.

sekali lagi aku berdepan dengan dilema yang sering menggangu hidupku.antara cita-cita dan harapan juga memikirkan kemampuan diri yang tidak seberapa.sememangnya aku seorang gadis yang mempunyai keyakinan diri yang rendah dalam segala aspek.sepanjang kehidupan aku selama belasan tahun,aku tidak pernah menjangkakan utk berkerja dalam satu bidang yang mewajibkan aku berhadapan dengan orang lain seperti client,patients..

terutama sekali menjadi seorang jururawat.hakikatnya cita2 aku adalah menjadi seorang doktor.peranan nya lebih kurang sama tapi ada sesuatu yang kita harus sedar,peranan jururawat jugak besar.siang dan malam seorang pesakit adalah bersama jururawat.jika seorang pesakit mengerang kesakitan,yang mula datang dan mendampingi pesakit adalah jururawat dan yang menukar lampin jugak adalah salah satu kerja seorang jururawat.antara sedar dan tidak,jururawat sangat memainkan peranan penting dalam sebuah hospital.

mungkin dulu aku hanya memandang golongan ini sebagai pembantu doktor dan tidak pernah aku terlintas dalam fikiran untk menjadi pembantu doktor.maafkan aku kerana dulu aku mengimpikan satu nama yang besar.title itu penting dalam hidup aku.oleh kerana itu,pada mula nya ayah aku tidak benarkan aku meneruskan pengajian dalam bidang ini kerana penah dulu,aku kata,selagi aku tidak memperolehi title doctor,aku bukan lah aku.

kini aku sedar,kerana ego aku tenggelam.hanyut di sebuah pulau yang belum tentu mampu aku timbul dan pulang ke tepian.kini sekali lagi aku ingin menolak peluang yang mungkin orang lain harapkan.ini dah menunjukkan aku sangat selfish.kerana ingin menempatkan aku disana,ada org diluar sana yang sangat berharap kehilangan tempat.dan aku pula ingin mensia-siakan nya.

mungkin Allah telah menetapkan perjalanan hidupku . menjadi seorang jururawat di masa hadapan.mengajarku erti kesabaran,membuang jauh2 sifat panas baran ku dan berkhidmat utk org lain. restui lah aku jika aku meneruskan pelajaran ke laluan ini.sesungguhnya aku lemah dan memerlukan sokongan. 

p/s : setiap yang terjadi ada hikmah-Nya

Monday, June 20, 2011

official post !

so , today , i am thinking .. that i shud write about my personal details.
because lately,some of my frends like to ask me 'where are you from'.and of course,i ask them to guess first.


when i said,im from kedah,they ask me to swear cos they dun believe me.
basically,i dun like to expose my personal detail,but when many ppl said 'i dun believe it'
so i have to tell everybody officially. :)


peeps,lovely peeps.


my full name is .............................. i think i dun want to write my full name in my blog . 
im 19 years old.
my born-month is on december. 
i live in KEDAH DARULAMAN.
my house is currently at ALOR STAR.
my parents works here.
i had my foundation study at shah alam.
sometymes i go to selangor just to visit my relatives.
honestly , most of my relatives are staying there,i means selangor.

badthings :
i dun noe much about kedah.yeas,i admit.
my lec asked me about 'jalan2' kat kedah just to test me either im really 'orang kedah' or not.but unfortunately i cant answer the questions well cos my dad rarely bring us(my family) jalan2 kat kedah.because,he is a busy person.once he got a leave,he will bring us luar negeri kedah.
so i think no wonder if i said i dun noe when people ask me about kedah.


bukan belagak,but that is a fact that we cant deny.if im here,i rarely hanging out here.because i do not so 'berkenan' to go out here .
if aku belagak,aku tak post dalam blog ni and admit . okehhh ? 

so puas aty peeps ? :)



Sunday, June 19, 2011

i wish i could be a lil kid again :)

Sometimes I wish I could just be a little kid again.  So when life gets tough you can just play pretend.  I wanna go back to when Santa did exist.  When your daddy was the only boy you ever kissed.  When Disney World was the best place to be.  When the only movies you could see were rated G.  When your biggest problem was learning to write your name and people didn't change...and your friends were the same.  And every time you were sad or you had a bad day.  You could just run to mommy and it would all be okay.  I wanna go back to no hurt...and no pain...just laughter.  When everyone always lives happily ever after.


Thursday, June 16, 2011

aku sangat gilakan kau.

Ni post kedua aku untuk hari ini , tapi peduli ape aku.. sebab aku terlalu gila kan kau.
sejak dulu aku admire kau.cume kau je tak tahu.orang lain semua dah tahu.kadang2 aku tak tidur malam sebab terlalu ingatkan kau cume kau je tak ingatkan aku.
bila aku pergi tempat2 cantik,aku mesti ingat nak bawak kau.betul aku tak tipu.sebab kau dah sebahagian dari hidup aku.bila aku pegang kau,aku rasa aku dengan kau je.bila aku tengok kau,aku rasa tak nak lepaskan kau.kau tahu kau lebih penting dari bende lain.kadang2 aku tak penah tenang pk bila duit nak trun dari langit sebab kau.bila aku pegang kau,makan mandi semua aku tak peduli.bila aku dengan kau,aku rasa aku macam tak de masalah,bila aku gunakan kau,aku rasa macam best sgt kan.bukan aku saje nak main kan kau.tapi sebab kau sangat berguna.sebab kau bule bagi aku sesuatu.kau bagi aku kepuasan.kau buat aku terpikir.terpikir nak tukar profession.kenapa kau jhat sangat ? kau buat aku gile kan kau.aku benci kau tapi sebenarnye aku tak sanggup nak berpisah dengan kau. 
aku tahu bila aku dah start study balik nanti,aku mesty ketepikan kau sekejap. tapi aku janji aku tak kan tinggalkan kau terus. i love you !


nak tahu sape dia ?? 


dia berkulit gelap.
ada mata yang sangat tajam.
kau berbadan tegap.
kau sangat smart .





bila aku ada duit banyak sikit,aku nak meminang kau. 

nak jadikan kay teman hidup aku. 
bule kan ?




p/s : teka la sendiri. hee

Wednesday, June 15, 2011

cool man sexy . i loife :)

What is mean by LOVE ? yeah ! L.O.V.E . 

okeh.apesal tetibe aku cakap pasal ni.sebab tadi aku tengok Cerita Cinta kat Tv3.so jangan salahkan aku.hehe.
i was interested on wut one of the couples said,love is about friendship.yeas.i agree with them.why ?
sebab aku suka boyfy yang buleh jadi bff aku at the same tyme.aku tak suke being romantic all the tyme,all the way.ohhh no man ! geli.
maybe because of aku ni pun jenis kepala hotak masuk air.sebab tu aku nak macam tuh.such a bored kalau aku couple dengan orang yang tak buleh nak layan kepala aku.ohhhh tak TAHAN.

bukan manusia bernama ALYAA mukhtar kalau nak control cunmey.tahu ape cunmey ? cun + comey.aku tahu aku comey,tak yah nak control pun tetap comey.haha. okeh abaikan part perasan.since i was young,aku kenal many kind of people.especially men.HOHO.ada yang memang nak kena hormat dorang,kalau panggil abang,tak buleh nak melawak panggil bende lain macam kau aku ke,okeee. aku memang tak masuk dengan org macam ni.sebab aku ni jenis yang mulut macam buntut ayam.ni kawan aku yang bagi gelaran.haha. agak kurang ajar tapi tak kesah pun asalkan ade jokes kan ? buntut ayam tuh maksudnye banyak cakap la.

one reason why aku suke partner yang macam ni,sebab nye.. do u realise .. friends gonna be more understanding than boyfie ? okeh.belum realise .. kannn ? sometyme men makes u cry,sape yang datang kat kite,friend.sometyme bf and gf bergaduh pasal makanan.restoran mane nak pegi makan but friend always noe ur taste of food kan ? sumtyme when bf and gf pergi window shopping,they doesnt always have a same direction ryte ? means that,once ur bf jadi ur bff,u ll be more understanding each other.
second reason is love is about sharing and caring.and most important is accepting each other isnt it ?
so people do make mistakes.if ur bf  never know ur weaknesses,all the way u look like an angel,wut if one day,u look pretty bad,selekeh and having problem..waktu macam ni,korang akan rasa gile teruk.betul tak ? 
OMG ! kenape u pakai selekeh sangat ni ? OH NOE.i tak sangka u buleh jadi se kasar ni ? 
so macam macam la kan ayat korang nak keluar bila dah jadi macam ni.kalau aku , aku lebih senang tunjuk kan keburukan aku than all my kebaikan.tengok penerimaan seseorang.tengok aku dalam keadaan yang lansung tak ber make up,jus wear a track suit and shirt,can u accept me as ur gulfie ? after dia buleh terima aku,means dia memang ikhlas.tak tahu la kalau yang tak ikhlas tuh.hehe

if they seems like tak berape suke,reject je.haha.oke.aku ajar benda bukan bukan.conclusion nye aku sedang memerhati dan bereksperimen dengan some of gentle guys.yang memang cakap baik punya lembut sebab nak amek hati aku.no need to la.sebab ni bukan taste aku.aku mudah jatuh cinta with a man yang cool . sebab bila aku jatuh cinta dengan sumone yang sweet.just beberapa hari je,then aku buhsan.cool means,dia sempoi.slumber and tak kesah nak bergurau aku kau,gua lu ngan aku.im ur gulfie not ur wife yet.

if ppl said,my mum is my bbf.
and i wanna say,
i want a bf that can be my bff all the time.

p/s : a cool man is sexy :P


Tuesday, June 14, 2011

waktu itu

Aku sendirian di rumah menaip untuk kesekian kalinya.mood malas masih terasa namun disaat hati sedang dilanda kesedihan,aku menaip untuk melepaskan hati yang sarat.aku duduk di tepi katil menyaksikan penghuni facebook melayan laman yang sedikit sebanyak mampu membawa erti dalam hidup.seperti aku,setiap hari ku diisi dengan melayan kerenah2 manusia facebook yang sudi menegur dan ditegur oleh penghuni lain.


Saat ini aku terus teringatkan masa dan ketika berada di Shah Alam.ssebagai seorang lepasan SPM , aku seolah2 baru mengenal erti kehidupan,hidup yang penuh onak duri.berjauhan dari keluarga mengajar aku untuk menjadi lebih berdikari.kain yang tidak pernah aku basuh dirumah terpaksa aku membasuhnya sendiri.sakit tanpa mama dan abah sedikit sebanyak membuatkan kehidupan ini tidak selalunya sama.pada mula nya aku menjejakkan kaki ke sana,banyak perkara baru yang aku beljar.kenderaan awam yang tidak pernah aku naiki perlu aku naiki disana setiap hari.sedangkan dulu aku tidak pernah berbelanja sendiri,malah purse juga tidak pernah aku bawa,kini semua nya aku perlu hadapi dengan tenang.mampukah aku ?


Aku bersyukur kerana mengenali teman sebilik yang sangat baik.kami tinggal berempat.mereka lah teman yang banyak menceriakan hari2 ku.mereka mengajar ku erti persahabatan.mereka bukan shaja wujud ketika senang,malah di waktu2 susah,hanya terbayang muka mereka dimataku.kerenah2 setiap daripada kami sangat meyenangkan malah mengurangkan rasa homesick.ini jugak lah pertama kalinya aku tidak berpuasa bersama keluarga.pengalaman ini aku jangkakan bakal menjadi susah,tetapi bila dilakukan bersama,terus menjadi sesuatu yang bermakna.berkongsi dua ekor ikan berempat mengajar aku nilai sebuah persahatan.


Terfikir aku,kalau dulu,saat ini .. aku dengan kawan2 masih berada di kelas.dan aku seperti biase , bila jam menunjukkan angkat 4,aku mula meluru nak keluar kelas. dan masing2 akan melakukan agenda masing2.dah menjadi satu kebiasaan kami pulang bersama .tanpa mereka,sunyi lah hidupku.kelas LWP02I merupakan sebuah keluarga yang saling sokong menyokong satu sama lain dah merupakan kelas paling happening.langsung aku teringatkan saat kita menaiki rapid bas,bisingnye bukan kepalang.masing2 bermulut becok.penat juga tidak terasa.kini aku merindui saat itu.ingat lagi aku betapa kuatnya gelak ketawa kita.seolah2 hidup ini kurang berhadapan dengan masalah.


Hari ini aku tertanya2 sendiri,mampukah aku meninggalkan kalian semua sedangkan sepanjang percutian ini sudah cukup menguji rindu aku pada korang semua ? kita terpaksa membawa haluan masing2.walaupun dulunya kita berkongsi satu impian yang sama.saat keputusan dikeluarkan,kita memegang bahu msing2 melepaskan tangisan.saat kita dibebani kerja yang banyak,kita berpegangan tangan menyiapkan tugasan.saat salah seorang dari kita bersedih,di situ jugak kita berada utk menenangkan nya.kini semua nya terhenti di sini.seolah2 kita dah masuk ke suatu alam yang baru.sesungguhnya andai masa bule diputar,aku ingin ke waktu itu buat sekali lagi. 


P/s: imissu

Friday, June 10, 2011

dari LAW ke NURSING . miracle :)

salam :)


dah lame gile aku tak update blog.rasa malas pun ade,rasa tak ade bende nak taip pun ada. 
tapi sekarang aku ada benda nak bagi tahu dan tanya sesape yang bace lah . *kalau ade org bace. ngeehee.


first , ade sum of my friends yang tahu aku isi borang spa8.untuk kursus separa perubatan.auuuu,ape nih ? ade je yang tanya aku spa8 tu ape ? 
okeh.search je google macam ni ---




so search kan,korang akan nampak portal spa8.ada jugak yang ingat spa8 ni utk mintak kerja je.dalam ni ada satu bahagian yang kite buleh mintak study macam separa perubatan.aku mintak medical lab technology.so aku pun dapat panggilan interview :P alhamdulillah.


on that day,aku dah la terlewat gerak dari umah,lepas tuh tersalah tempat pulak.interview kat Hospital sultanah bahiyah.waktu aku masuk tuh,nampak la nurse2 pelatih yang tengah berhimpun.perhimpunan kot.haha.macam sekolah la pulak kan.lepas tuh , aku pun terfikir,kenape aku tak nak jadi nurse kan ? hmm.abaikan !


dua tiga hari lepas,mama aku balik keje.dia kate :


mama : ni surat lya.
aku      : ma bukak la surat tuh.


mak aku pun try bukak.tapi dia fed up sebab susah nye la nak bace surat spa8 nih.bukan main lagi.tak letak dalam sampul oke.haha.dia main lipat2 je.then,aku dah nampak ayat depan surat tuh.


sukacita

omg ! aku dah rase syokkk dalam hati ni.haha.bila surat dah bukak..ayat ni terkeluar kat mulut aku .
alamak,tak p lah mama.

mak aku pun tanya kenape. sebab nye..ni hah !


nampak tak ape yang aku dapat ? mau nye tak kecewa kan aku.haha. lepas tuh memang tak nak pegi lah.tapi aku tanya kawan2 aku terutamanya family law,lwp02I.dorang banyak bagi pendapat and memang jawapan nye 

rugi kalau tak pegi alya.

nak tahu sebab ape semua orang kate macam tuh ?

sebab spa8 susah nak dapat.
tiap2 bulan dapat elaun banyak sepanjang study 3 tahun diploma.ade la dapat rm600++
then,jaminan kerja bile dah abes study.confirm under kementrian kesihatan.

hah ! so ape kau nak lagi kan,study semua dijamin dan ditanggung.kau pergi belajar je . 
tapi aku tak decide lagi la . tunggu surat tawaran full dulu :)

by the way,alhamdulillah.thanks GOD sebab aku tak susah bile mintak study.maybe , ni jalan terbaik yang DIA bagi utk aku. :) 

Thursday, May 26, 2011

kisah kita


Dulu terlakar satu kenangan,
kenangan cinta kita,
masih tersemat hingga kini,
disudut hati yang terdalam.
mudahnya cinta kita mekar waktu itu,
seperti kembangnya teratai di tasik.

Aku bahagia.
kau menjadikan diri ku terlalu istimewa.
menunggu panggilanmu disetiap hariku.
mata yang layu kembali segar 
malamku riang ditemani dirmu,

sehingga lah suatu malam,
syaitan merasuk fikiranku,
manis yang kita rasai,
seolah2 tawar tiada rasa.
ku rasakan kau semakin jauh,
dan jauh.


kini,hanya bayang2mu yang aku kejar,
melihatmu dari jauh,
ingin ku tegurmu walau sepatah kata,
namun hati ini terlalu berat,
kerna kita sudah tidak berkongsi satu hati.


malam itu,tanpa rela kau pisahkan kembali
hati kita yang tercantum dulu,
kau biarkan aku terkapai-kapai,
tiada lagi panggilan princess dari bibirmu,
masihkah kau ingt labi2 yang sering kau ucap ?
ia masih tersemat di kotak fikiran usang ini.


andai aku mampu imbas kembali,
inginku hentikan nafasku malam itu,
kerna kehilangan cintamu,
seolah2 membunuh hatiku.

jika angin dapat menyampaikan rindu,
aku pasti kau dapat merasainya,
andai bulan dapat melakarkan sayang,
aku pasti seluruh alam akn tahu isi hatiku ini,
andai bintang mampu berbicara,
akan aku sampaikan cinta ini kepadamu.

ini bukan diciplak mahupun diadaptasi.ini dari hati aku yang ikhlas.

 





Tuesday, May 24, 2011

silly.matured.women.


Dont fall in love when u re lonely,but fall in love when u re ready 

Penah dengar orang sebut2 ayat kat atas tu ? Dah faham ? 

Maksud ayat tuh aku tak tahu nak explain macam mane. but contoh dia aku buleh kasi lah.
Tak rasa silly ke bila makhluk Allah ni baru je putus cinta duaTiga hari,lepas tuh terus suke kat orang lain pulak ? Boleh pk tak semua tuh ?

Means that , tak leh hidup bila tak da sumone yang caring , loving kat korang lepas break up.
Ni bukan cinta,ni desperate . word kasar aku bgi kat orang2 macam ni.

Cepat gile kan hati org berganti.ular kalau nak bersalin kulit pun tak macam tu.

So please lah.what goes around,will come around. mesti ke nak ingatkan benda ni banyak2 kali.umur dah besar panjang,pk lah.

Jangan mainkan perasaan org buleh ? bercinta bukan utk mempergunakan orang lain utk kepentingan diri sendiri.
Aku tak kan hormat manusia macam ni. 

jangan fikirkan masalah

MASALAH or PROBLEM

sape yang tak ade masalah dalam hidup dia ? sapa yang tak de tuh nampak nau le nipunye yerk !
okeh.pedulikan je sape tak de tuh.so baguslah kan kalau tak de masalah.means u re ghost !

Ada pepatah enggeris kata , hidup tak kan dipanggil hidup jika tak ada masalah. alaaa.lebih kurang macam ni lah  qoutes tuh.aku memang tak pandai bina ayat.okeh ini series :)

Bukan aku yang bermasalah tapi ade la hamba Allah yang lain yang ade byk sgt urat berselirat kat dalam otak.tambah2 yang datang mengadu kat aku pasal kawan.yes ! KAWAN.

Bukan ape la. tapi bagi aku masalah macam ni,tak perlulah sampai nak effect study bagai.nak habiskan airmata korang sampai tak tido malam.nak emo emo macam tak de nyawa lagi.no oke no ! bukan aku tak suke korang datang mengadu maslah,aku suke sebab korang share ngn aku. korang kawan aku. tapi setiap kali korang datang bercerita tuh,aku ade bagi opinion.but ape yang korang dapat dari opinion yang aku bg tu ? NOTHING kan ?

Jangan tipu.kalau tak,kenapa ada sesi luahan perasaan sampai dua tiga kali.Bagi aku , tak perlulah nak take it serious. as long as KAWAN2 korang tu tak buat sumthing bad ,blackmail , or jatuhkan aib korang,korang buat tak tahu.yang kutuk2 belakang,fitnah2 semua tuh,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.mybe org akan kate,aku ni cool..buleh la buat semua tu.habis korang ingt org cool tak de perasaan ?

Bila tengok aku buleh gelak2 lagi lepas putus cinta,korang ingt aku main2.padahal korang sendiri penah rasa kan putus cinta punya penangan. tapi its depends on how u manage ur self.cukup lah nak menangis airmata hijau sekalipun utk dua 3 jam.tak payah la sampai seminggu nak berkabung.

The problem is not that there are problems.  The problem is expecting otherwise and thinking that having problems is a problem.  ~Theodore Rubin

Tengok qoute kat ats tuh,masalah sebenar bukan masalah yang kita hadapi.tapi bila kita fikir yang masalah tu adalah masalah. aku nak repeat kat sini :
 
  1. jangan besarkan sesuatu masalah.
  2. take it easy as long as tak mengaibkan korang.
  3. fikirkan ape yang lebih penting ie , family,bff yang lain.STUDY.
  4. masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
  5. ignore je sesape yang make trouble tu.
 
by this steps,i hope everythings gonna be fine :) 

Monday, May 23, 2011

I am totally HURT


im gonna hide evrything from  u soon. and u ll feel the same thing that i feel now. 
im not blaming u .
but still im a human . 
THNKS for being kind and caring all the time being.
i do APPRECIATE u. 
typical man.


Friday, May 20, 2011

paksa tutup mata sebab nak kurus !

GEMUK

GEMUK adalah salah satu istilah yang paling aku tak suka dalam hidup.memang dari kecik,badan aku jenis yang berisi sampai la satu masa aku diet ,waktu tuh kalau tak salah aku aku form 5,akhir form 5.aku diet gila gila smpai la berat aku mencecah 48kg.mungkin bagi sesetengah org,ni tak dikira kurus sgt,tapi bg aku..ni dah kurus la kan sebab nye aku memang susah nak kurus. 

Masalah badan aku naik ni since aku masuk study kat shah alam.sebelum ni aku tak pernah tahu yang tidur lewat dpat menggemukan badan.memang aku ni insomnia.lepas azan subuh baru mata gatal nak mengantuk.ikot kajian :

kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya. 

Dan baru baru ini,aku ada berjumpa dengan consultant nutrition aku,dalam seminggu.berat aku hanya turun 1kg dan kadar lemak dalam badan masih sama.dan salah satu punca lambat badan aku trun is waktu tidur aku yang kurang cukup.aku disarankan tidur selewat2 nya pukul 12 malam dan sebaiknya pukul 11 malam.namun insomnia aku ni still tak dapat dikawal.dan walau aku diet macam mane pun,minum air kosong ber-tong2 pun , berat aku masih sama.
Oleh itu,lepas ni macam mana sekalipun aku akan cuba tidur selewat2nya pukul 11 malam.
Ce tengok gambar aku ni .
 OKEH.
Ape yang beza kat sini ? ce tengok upper photo tu,yang tudung hitam compare la dengan yang bawah ni,amacam ? beza banyak ? muka aku sekarang yang gambar atas tuh.bulat,tembam,dan debab.yang gmbar bawah ni pulak muka aku panjang dan cengkung.tak elok ? memang pun.tapi senang sikit nak cari baju ,seluar .. cuba tengok lak gmbar berdiri tuh.memang tu aku,aku kena crop sebab tak bertudung.tu pun seluar tu longgar.sekarang ? so,menjwab persoalan ni..aku kena tidur awal dan diet.ni ja masalah aku . so gudluck jugak sesape yang tengah diet :)