"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind"

Wednesday, June 22, 2011

3tahun lagi.

sekali lagi aku berdepan dengan dilema yang sering menggangu hidupku.antara cita-cita dan harapan juga memikirkan kemampuan diri yang tidak seberapa.sememangnya aku seorang gadis yang mempunyai keyakinan diri yang rendah dalam segala aspek.sepanjang kehidupan aku selama belasan tahun,aku tidak pernah menjangkakan utk berkerja dalam satu bidang yang mewajibkan aku berhadapan dengan orang lain seperti client,patients..

terutama sekali menjadi seorang jururawat.hakikatnya cita2 aku adalah menjadi seorang doktor.peranan nya lebih kurang sama tapi ada sesuatu yang kita harus sedar,peranan jururawat jugak besar.siang dan malam seorang pesakit adalah bersama jururawat.jika seorang pesakit mengerang kesakitan,yang mula datang dan mendampingi pesakit adalah jururawat dan yang menukar lampin jugak adalah salah satu kerja seorang jururawat.antara sedar dan tidak,jururawat sangat memainkan peranan penting dalam sebuah hospital.

mungkin dulu aku hanya memandang golongan ini sebagai pembantu doktor dan tidak pernah aku terlintas dalam fikiran untk menjadi pembantu doktor.maafkan aku kerana dulu aku mengimpikan satu nama yang besar.title itu penting dalam hidup aku.oleh kerana itu,pada mula nya ayah aku tidak benarkan aku meneruskan pengajian dalam bidang ini kerana penah dulu,aku kata,selagi aku tidak memperolehi title doctor,aku bukan lah aku.

kini aku sedar,kerana ego aku tenggelam.hanyut di sebuah pulau yang belum tentu mampu aku timbul dan pulang ke tepian.kini sekali lagi aku ingin menolak peluang yang mungkin orang lain harapkan.ini dah menunjukkan aku sangat selfish.kerana ingin menempatkan aku disana,ada org diluar sana yang sangat berharap kehilangan tempat.dan aku pula ingin mensia-siakan nya.

mungkin Allah telah menetapkan perjalanan hidupku . menjadi seorang jururawat di masa hadapan.mengajarku erti kesabaran,membuang jauh2 sifat panas baran ku dan berkhidmat utk org lain. restui lah aku jika aku meneruskan pelajaran ke laluan ini.sesungguhnya aku lemah dan memerlukan sokongan. 

p/s : setiap yang terjadi ada hikmah-Nya

2 comments:

  1. all da best alyaa izni..aku harap hg dapat bt pilihan yg benar..apa yg kita lakukan dgn ikhlas pasti ada gnjarannya..itu hnyalah ALLAH yg tentukan..kita hnya mampu berserah..tapi selagi kita mampu kita kuat kita boleh buat keputusan dgn btl..InsyaALLAH..jadi aku bukan nak pksa atau apa..tapi jgn mnsia2kan peluang yg kita ada..x semua dapat apa yg kita dapat..jgn hnya mahukan title yg tinggi tapi kerja hnyalah sia2...jururawat pon boleh jadi dokter oke.

    ReplyDelete
  2. hahaa.oke. thnks aien. dats y old prinsip :)

    ReplyDelete