"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind"

Thursday, May 26, 2011

kisah kita


Dulu terlakar satu kenangan,
kenangan cinta kita,
masih tersemat hingga kini,
disudut hati yang terdalam.
mudahnya cinta kita mekar waktu itu,
seperti kembangnya teratai di tasik.

Aku bahagia.
kau menjadikan diri ku terlalu istimewa.
menunggu panggilanmu disetiap hariku.
mata yang layu kembali segar 
malamku riang ditemani dirmu,

sehingga lah suatu malam,
syaitan merasuk fikiranku,
manis yang kita rasai,
seolah2 tawar tiada rasa.
ku rasakan kau semakin jauh,
dan jauh.


kini,hanya bayang2mu yang aku kejar,
melihatmu dari jauh,
ingin ku tegurmu walau sepatah kata,
namun hati ini terlalu berat,
kerna kita sudah tidak berkongsi satu hati.


malam itu,tanpa rela kau pisahkan kembali
hati kita yang tercantum dulu,
kau biarkan aku terkapai-kapai,
tiada lagi panggilan princess dari bibirmu,
masihkah kau ingt labi2 yang sering kau ucap ?
ia masih tersemat di kotak fikiran usang ini.


andai aku mampu imbas kembali,
inginku hentikan nafasku malam itu,
kerna kehilangan cintamu,
seolah2 membunuh hatiku.

jika angin dapat menyampaikan rindu,
aku pasti kau dapat merasainya,
andai bulan dapat melakarkan sayang,
aku pasti seluruh alam akn tahu isi hatiku ini,
andai bintang mampu berbicara,
akan aku sampaikan cinta ini kepadamu.

ini bukan diciplak mahupun diadaptasi.ini dari hati aku yang ikhlas.

 





Tuesday, May 24, 2011

silly.matured.women.


Dont fall in love when u re lonely,but fall in love when u re ready 

Penah dengar orang sebut2 ayat kat atas tu ? Dah faham ? 

Maksud ayat tuh aku tak tahu nak explain macam mane. but contoh dia aku buleh kasi lah.
Tak rasa silly ke bila makhluk Allah ni baru je putus cinta duaTiga hari,lepas tuh terus suke kat orang lain pulak ? Boleh pk tak semua tuh ?

Means that , tak leh hidup bila tak da sumone yang caring , loving kat korang lepas break up.
Ni bukan cinta,ni desperate . word kasar aku bgi kat orang2 macam ni.

Cepat gile kan hati org berganti.ular kalau nak bersalin kulit pun tak macam tu.

So please lah.what goes around,will come around. mesti ke nak ingatkan benda ni banyak2 kali.umur dah besar panjang,pk lah.

Jangan mainkan perasaan org buleh ? bercinta bukan utk mempergunakan orang lain utk kepentingan diri sendiri.
Aku tak kan hormat manusia macam ni. 

jangan fikirkan masalah

MASALAH or PROBLEM

sape yang tak ade masalah dalam hidup dia ? sapa yang tak de tuh nampak nau le nipunye yerk !
okeh.pedulikan je sape tak de tuh.so baguslah kan kalau tak de masalah.means u re ghost !

Ada pepatah enggeris kata , hidup tak kan dipanggil hidup jika tak ada masalah. alaaa.lebih kurang macam ni lah  qoutes tuh.aku memang tak pandai bina ayat.okeh ini series :)

Bukan aku yang bermasalah tapi ade la hamba Allah yang lain yang ade byk sgt urat berselirat kat dalam otak.tambah2 yang datang mengadu kat aku pasal kawan.yes ! KAWAN.

Bukan ape la. tapi bagi aku masalah macam ni,tak perlulah sampai nak effect study bagai.nak habiskan airmata korang sampai tak tido malam.nak emo emo macam tak de nyawa lagi.no oke no ! bukan aku tak suke korang datang mengadu maslah,aku suke sebab korang share ngn aku. korang kawan aku. tapi setiap kali korang datang bercerita tuh,aku ade bagi opinion.but ape yang korang dapat dari opinion yang aku bg tu ? NOTHING kan ?

Jangan tipu.kalau tak,kenapa ada sesi luahan perasaan sampai dua tiga kali.Bagi aku , tak perlulah nak take it serious. as long as KAWAN2 korang tu tak buat sumthing bad ,blackmail , or jatuhkan aib korang,korang buat tak tahu.yang kutuk2 belakang,fitnah2 semua tuh,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.mybe org akan kate,aku ni cool..buleh la buat semua tu.habis korang ingt org cool tak de perasaan ?

Bila tengok aku buleh gelak2 lagi lepas putus cinta,korang ingt aku main2.padahal korang sendiri penah rasa kan putus cinta punya penangan. tapi its depends on how u manage ur self.cukup lah nak menangis airmata hijau sekalipun utk dua 3 jam.tak payah la sampai seminggu nak berkabung.

The problem is not that there are problems.  The problem is expecting otherwise and thinking that having problems is a problem.  ~Theodore Rubin

Tengok qoute kat ats tuh,masalah sebenar bukan masalah yang kita hadapi.tapi bila kita fikir yang masalah tu adalah masalah. aku nak repeat kat sini :
 
  1. jangan besarkan sesuatu masalah.
  2. take it easy as long as tak mengaibkan korang.
  3. fikirkan ape yang lebih penting ie , family,bff yang lain.STUDY.
  4. masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
  5. ignore je sesape yang make trouble tu.
 
by this steps,i hope everythings gonna be fine :) 

Monday, May 23, 2011

I am totally HURT


im gonna hide evrything from  u soon. and u ll feel the same thing that i feel now. 
im not blaming u .
but still im a human . 
THNKS for being kind and caring all the time being.
i do APPRECIATE u. 
typical man.


Friday, May 20, 2011

paksa tutup mata sebab nak kurus !

GEMUK

GEMUK adalah salah satu istilah yang paling aku tak suka dalam hidup.memang dari kecik,badan aku jenis yang berisi sampai la satu masa aku diet ,waktu tuh kalau tak salah aku aku form 5,akhir form 5.aku diet gila gila smpai la berat aku mencecah 48kg.mungkin bagi sesetengah org,ni tak dikira kurus sgt,tapi bg aku..ni dah kurus la kan sebab nye aku memang susah nak kurus. 

Masalah badan aku naik ni since aku masuk study kat shah alam.sebelum ni aku tak pernah tahu yang tidur lewat dpat menggemukan badan.memang aku ni insomnia.lepas azan subuh baru mata gatal nak mengantuk.ikot kajian :

kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya. 

Dan baru baru ini,aku ada berjumpa dengan consultant nutrition aku,dalam seminggu.berat aku hanya turun 1kg dan kadar lemak dalam badan masih sama.dan salah satu punca lambat badan aku trun is waktu tidur aku yang kurang cukup.aku disarankan tidur selewat2 nya pukul 12 malam dan sebaiknya pukul 11 malam.namun insomnia aku ni still tak dapat dikawal.dan walau aku diet macam mane pun,minum air kosong ber-tong2 pun , berat aku masih sama.
Oleh itu,lepas ni macam mana sekalipun aku akan cuba tidur selewat2nya pukul 11 malam.
Ce tengok gambar aku ni .
 OKEH.
Ape yang beza kat sini ? ce tengok upper photo tu,yang tudung hitam compare la dengan yang bawah ni,amacam ? beza banyak ? muka aku sekarang yang gambar atas tuh.bulat,tembam,dan debab.yang gmbar bawah ni pulak muka aku panjang dan cengkung.tak elok ? memang pun.tapi senang sikit nak cari baju ,seluar .. cuba tengok lak gmbar berdiri tuh.memang tu aku,aku kena crop sebab tak bertudung.tu pun seluar tu longgar.sekarang ? so,menjwab persoalan ni..aku kena tidur awal dan diet.ni ja masalah aku . so gudluck jugak sesape yang tengah diet :) 


Tuesday, May 17, 2011

budak tahfiz ke peminta derma ?

KECEWA

Kecewa bila tengok budak2 tahfiz,anak2 yatim yang disuruh mintak derma. 
alasan nya dapat bantu sekolah dan diajar cara berniaga dan mengikut sunnah Rasullullah.
DERMA bukan BERNIAGA.
dua konsep yang berbeza aku rasa.

Pergi sekolah utk belajar,tapi kalau siang smpai ke malam mengutip derma,waktu mane pulak budak2 ni belajar ?

Ilmu agama aku mungkin tidak semantap pengetua dan ustazah serta ustaz sekolah2 tersebut,tapi dimana letaknye hati perut dan sikap perikemanusian manusia yang bergelar ilmuan agama ?

Monday, May 16, 2011

menunggu dirimu

Semuanya kan berakhir
Kiranya kau kan mungkir
Tetapku menunggu mu
Untuk kau terus berfikir
 
Jangan kau anggap ini semuanya
Hanya mimpi yang tak berharga
Jangan kau hampa tentang isinya
Kenangan yang telah kita bina

Hanyaku yang inginkan semua
Untuk kita terus berdua

Ku kan terus tersiksa
Kiranya aku tetapkan menunggu dirimu

Harusku menahan semua kisah cintaku
Jauh, jauh….
Jauh…

p/s : read it and understand the meaning :)

Sunday, May 15, 2011

braces braces !

HAH.

Korang,korang perasan tak yang gigi aku kat depan ni agak renggang.tak de la hebat sangat renggang nye,ade je yang tak perasan sal gigi aku ni . *cewahhh.

Tapi seperti biase,ade banyak factor yang buleh buatkan gigi semakin renggang.dan same gak ngan aku.kadang bila bergambar memang tak nampak tapi kadang2 dia saje nak muncul kan diri dalam gambar.hehe. malu gak aku kan.


Penah la jugak aku terpk nak pakai braces,tapi tak lah pk series sangat.sebab keadaan aku tak la sampai teruk sangat smpai nak kena kuarkan duit beribu-ribu and nak seksa cara makan selama 3 tahun atau lebih.fuhhh.tapi ada jugak terasa macam nak kena pakai jugak BRACES.tapi bila ? tunggu lah sampai aku rasa aku perlu/wajib/harus pakai..kalau tak,jangan harap. weee~ sebab aku takut la. ade yang kate susah nak jage,tengok member aku punya mulut bengkak bagai awal2 tuh.fuhh dengan nak kena cabut gg lagi.hadoiiiii.


Tuh je aku nak bagitau.haha. sapa yang pakai braces,ley bagi pendapat korang kat aku. :)


Saturday, May 14, 2011

New Blog,again !

Blog baru lagi. haishhh. sumpah aku tak tahu kenapa tibe2 aku nak view blog je terus no post and tak de background bagai.sebab tukar link agak nye.aku dah la noob sket bab bab ni kann. adess.sebab dia kacau ngan google account,so lantak la.aku pun create je lah yang baru.tapi follower tetap same,yang lame punye post pun ade lagi kat dalam account ni,just ter-create yang baru.oke ! aku tak faham.

Macam tahu-tahu pulak google ni yang aku nak built new life.kannn ? terus automatically buat blog baru kat aku.tapi yang lame tetap tersimpan.it was my old diary,and diary tuh penuh dengan kenangan. fuhhhh !


FORGET THE PAST.

Our own life is the instrument with which we experiment with the truth.