"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind"

Tuesday, September 6, 2011

menunggu .

ditaip pada 6 sept 2011.

siapa tahu apa yang ada dalam hati aku saat ini ?
siapa tahu apa yang aku cuba sorokkan disebalik senyuman ?
siapa tahu seksa nya hati aku bukan sekadar lapisan atas hati aku ?

jangan ditanya kenapa hati ini keras seperti konkrit .
jangan ditanya kenapa kadang kala hati menjadi selembut tisu .

jika ia tertulis satu nama,tetap aku jaga nama itu sebaik mungkin.
jika hanya tinggal bayang2, akan aku kejar bayang2 itu.

walau seperit mane pun hati menangis,
walau sedalam mane pun luka terguris,
walau sebanyak mane pun titisan airmata.

aku tetap inginkan dia.
dia yang penah buat aku ketawa.yang buat aku tak sabar2 nak abes class,yang buat aku terbayang2 wajahnya.
dia juga yang buat aku tak tidur malam.
lena ku diulit mimpi indah bersama dia.
dia yang aku rindui setiap saat ku.
dia yang aku senangi ketika ingin berkongsi cerita.

ingin aku ungkapkan disini betapa aku merinduinya,
tanpa menyerah , aku tetap mendail number telefon nya walaupun tidak pernah berjawab.
tanpa rase penat,aku menaip bait2 rindu walaupun tidak berbalas.
bukan aku tak penah terasa ingin menyerah tapi hati ini tidak melepaskan dia pergi . 
kita bukan hanya seperti sepasang merpati yang mampu terbang bebas diudara,bukan seperti pasangan kekasih yang mampu berdua-duaan setiap masa.tapi kau lah teman aku bergurau senda,bergado sampai nak tercabut anak tekak.ketawa tak ingat orang sekeliling. itulah 'kita'.

masih aku ingat lagi dimana kau berjanji setia,
masih aku ingt lagi bagaimana kau ungkapkan perjanjian hak milik kita.

'you,i punya'
'you pun,alyaa punya'

walaupun kata2 ini terungkap hanya sekali dalam satu ketika,namun besar maknanya terhadap aku.
aku menunggu dengan penuh harapan . masih kah kau ingat satu ketika dulu .. kata2 itu pernah bermain dibibirmu ?
pernah kah kau sedar,kau memberikan aku setinggi2 harapan ? 
pernah kah kau fikir , keperitan ku kerana ditinggalkan ?
sesungguhnya,kau telah membawa hati ku pergi.dan aku sebagai pemiliknya masih setia menunggu kebahagian yang penah kau beri itu kembali ke dalam hidup ku.



sincerely,
alyaa

Wednesday, August 24, 2011

untuk dia

i rindu you gile babi.
you pegi mane ?
you dah lupe i ke ?
tak pe.i tetap tunggu you tau sayang.
kadang2 kalau i rindu you sgt2,i letak la gambar you jadi wallpaper handphone i.
kalau you tak ingat i tak pe lah,
i tetap ingat you.
jaga diri ea sayang.
i sayang you macam dulu <3
 

Saturday, August 6, 2011

al fatihah

untuk sekian kalinya aku menangis waktu nak berbuka puasa.aku rindu arwah.rindu sangat sangat.bulan puasa lah yang amat aku terasa kehilangan arwah.dulu selalu berbuka ramai2.arwah mesty duduk dekat bahagian hujung sekali.tahun lepas aku puasa dekat shah alam pun,aku tetap dapat berbuka same ngan arwah.tapi tahun ni aku tak dapat rase semua tuh lagi.dulu setiap kali aku balik umah arwah,balik dari shah alam,arwah mesty masakkan lauk kesukaan aku,pajeri nenas ngan kerabu mangga.nama aku mesty arwah sebut.aku rindu nak tengok senyuman arwah.aku rindu nak tengok arwah sibuk masak utk cucu2 dia kat dapur.pantang kitorang balik,ade je kuih yang nak dibuatnye.sampai aku sendiri tertanya,tak penah rase penat kah dia ? sekarang baru aku rindu nak tengok arwah baring dekat ruang tv kat dapur lepas penat masak.rindu sangat.

ingat lagi aku waktu arwah sakit,aku temankan dia dekat hospital hampir dua minggu.dari arwah tak sedarkan diri sampai lah ari terakhir.bila arwah buka je mata,aku nampak macam seorang baby yang baru lahir ke dunia.waktu tu rase syukur yang teramat.aku bercakap dengan dia walaupun aku tahu dia tak mampu bercakap balik.kadang2 bila arwah terbangun tengah malam,nama aku yang dia sebut dulu..ye sebab aku lah yang selalu dia panggil dulu waktu dia sihat.tok..alya rindu nak cakap ngan tok.dulu aku tak sanggup nak tengok tok aku derita melawan sakitnya.aku tak sanggup nak tengok dia haus,mintak air,tapi aku yang menitis airmata sebab tok aku waktu tu nil by mouth . aku cume bule titiskan air je kat tok.waktu tu aku rase nak ganti tempat tok.alya tak bule tengok tok derita macam ni.pagi2 alya lap kan badan tok,muka tok,salin pampers tok..biar alya kena buat semua tu sampai sekarang pun tak pe. tok ea yang doakan alya jadi nurse ? tapi kan tok,tok tak sempat nak hantar alya datang sini.alya pegi kubur tok,alya cume mampu pegang batu nisan tok.alya nangis sebab alya tak dapat nak cium tok,nak usap rambut tok macam alya selalu buat waktu tok sakit.tokk... sape yang nak baca kan yassin utk alya bila alya exam lagi.kalau dulu,mesty jadual exam tu alya copy bagi kat tok kan.sebab tiap kali exam,tok baca yassin utk alya.

tok.setiap kali raya,alya balik umah tok,mesty alya cari tok dulu.tahun ni mane dapat tengok tok duduk bersila balut ketupat pulut lagi. mane dapat rase rendang ayam tok lagi.tok.. kali ni raye,sape orang pertama yang alya nak cari ? nak tahu tak tok, kali ni baju raya pun alya biar je mama beli sebab alya tak rase pun nak raye tanpa tok.tokk.. tadi pun alya nangis lagi waktu nak berbuka sebab alya rindu kat tok.kawan alya kate,puase ni tok balik umah kan...nty tok nampak alya nangis ,tok pun sedih.tok.. alya tak nak tanya kenape tok pergi terlalu cepat sebab alya pun tak sanggup nak tengok tok sakit dulu.cuma waktu ni alya nak peluk tok.sebab waktu hari2 akhir tok kat dunia ni,alya tak dapat peluk tok dalam keadaan sihat.alya cume nampak tok terbaring lesu dan waktu tuh alya dah tahu sebarang kemungkinan akan terjadi.alya kena redha.penah dulu terdetik dalam hati lya,biarlah alya yang pegi dulu sebelum tok.tapi takdir bukan alya yang tentukan.


tok..alya rindu tok.al fatihah.

 

Sunday, July 31, 2011

menangis lagi

nak tahu tak ape perasaan aku kat sini ? nak tahu tak ape aku tengah buat sekarang ni kat bilik ? aku tengah pandang screen lappy sambil fikiran aku melayang ke satu mase sebulan yang lalu. bile aku dirumah sedang dalam dilema sama ada aku nak terima belajar kat sini ataupun tak.waktu kepala aku tengah bingung fikirkan masa depan yang bakal aku hadapi.7jam perjalanan ke seremban aku masih lagi terfikir adakah ini keputusan yang betul utk aku.


7hari aku disini,berbaldi airmata aku keluar.terasa berat sungguh bahu aku nak pikul.bukan kerana kawan2,bukan kerana pengajar disini.tapi kerana hidup disini tak sama seperti dulu.aku menangis memikirkan sama ada sanggup kah aku bertahan lagi 3 tahun disini.kini aku masih terasa seperti aku di alam mimpi.dan terlalu banyak pertanyaan yang kuar dalam kotak fikiran.kenape aku disini ? dan soalan yang same jugak la setiap kali aku nak tido,setiap kali ade masalah yang membebani aku.


kalau bukan kerana aku pk kesusahan mak ayah aku hantar aku kesini,aku nak je berpatah balik ke kajang.nak ajak tarik diri dari sini.pernah dulu aku kate,aku tak ley hidup tanpa korang LWP02I,yea,kini betol2 aku sedar aku amat perlukan korang.hidup aku tak sebahgia waktu bersama korang. sumpah aku dah tak dapat nak tanggung rindu. nak aje aku ajak korang buat ghtering macam dulu. aku rindu nak g ss2 nak lepak restoran barra.nak lepak ss13.lame sangat tak buat macam tu. 


p/s : korang.. aku rindu hidup aku yang lame.

Saturday, July 30, 2011

in relationship

i love you . do you love me like i do ? 

ermm. jangan senang sangat nak luahkan sayang,cinta tu kat orang.takut tak termampu nak jaga hati orang tu bile orang tu dah letak harapan dekat kite.kalau aku dah cakap sayang,memang orang yang terima perkataan tu dari aku lah yang aku sayang.walaupun airmata dah bule isi dalam baldi,tapi kalau dah sayang,aku tetap sayang. 
kau macam mane pulak ? bile dah tahu orang tu pun sayang kau,dan dan kau buat orang tu macam kau punye kann.suke aty kau je nak buat ape kan. 

sebelum in relationship , hujan kat luar pun  kau sanggup redah hujan sebab nak g topup. bila kau penat sampai nak pengsan pun kau sempat lagi text orang yang kau sayang tu kan.bile kau sibuk macam nak gile pun,kau ade mase lagi kan ngan dia.setiap malam kau bule korbankan mase lepak kau ngan kawan2 kau sebab nak bergayut ngan orang yang kau sayang tu kan.kau bule lupe hobby kau sebab nak bersama ngan orang yang kau sayang tu kan..tapi...

bila dah in relationship hujan renyai2 pun kau kate lebat sampai tak dapat nak jejak kaki kat luar umah pun.bile kau sibuk pun,kau mintak orang yang kau sayang tu faham.tapi kau tak faham hati dia.sekarang ni,bila kau ade mase je,terus kau lepak ngan kawan2 kau tanpa kau pk dia nak cakap ngan kau walaupun kejap.tambah2 sekarang,bile balik je rumah,orang yang kau sayang tu lah tempat kau lepaskan marah lepas kau penat .

bila dah tak in relationship,time tuh baru kau cari orang yang pernah sayang tu.baru kau tertanya2 orang yang kau pernah sayang tu tak rindu kat kau ke,padahal dulu dia la orang yang paling rindu ngan kau.waktu dah tak ade ni la baru kau fikir berapa banyak airmata orang yang kau pernah sayang tu dah jatuh sebab kau.bila dah jadi macam ni la baru kau nak cakap kau menyesal buat orang yang kau penah sayang tu macam tu,sedangkan dulu kau tak pernah pk betapa dia perlukan kau.

p/s : hargailah orang yang sayang awak sebab tak semestinya orang yang awak sayang tu sayang awak macam mane orang yang sayang awak tu sayang awak.

Sunday, July 24, 2011

stress ?

saya bukan nak mengadu dekat sini,saya bukan nak menghina tempat belajar saya,saya bukan nak kotorkan blog saya dengan kata2 yang teruk.tapi ini je tempat saya luahkan perasaan saya. awak faham tak ?


saya ada kawan,bukan dorang tak ambik berat,bukan jugak dorg tak tanya kenape saya jadi macam ni.. tapi ini lah perangai saya,saya tak pandai nak luahkan dekat orang.bukan saya tak hargai dorang,tapi saya tak nak dorang tahu yang saya ada masalah.sebab dorang akan susah aty bile saya sedih.saya tahu tu !


dekat sini saya ade mereka. tetap berenam walau kemane pun. tak berkire duit ringgit.kalau saya makan,dorang pun kena makan jugak. g mandi pun same2. sidai baju sama2.semalam kitorang tido sebilik semua.tapi saya tetap stress.dan baru hari ni roomates saya bagitau saya yang dia selalu nmpak muke saya stress.sedangkan yang lain selalu pk saya tak de masalah.


awak,awak tahu tak..saya bukan lah memilih atau demand ape2. tapi saya mengaku saya tak penah hidup susah.kat sini,saya cari bas nak balik kampung yang saya rase elok pun tak de.mesti ayah saya resau nanti saya nak balik raye . airport ? mungkin 10 tahun lagi baru ade airport kat seremban ni.muka saya dah macam cuka yang dah expired dah tadi.rase macam nak nangis2 je. tapi sebab kawan2 saya datang cite masalah,saya terus tak jadi nangis sebab saya tak nak bebankan dorang lagi. biar lah saya macam ni. 


saya tak tau sama ada saya mampu bertahan ke tidak kalau tak de dorang...


shafur,wawa,kila,fiqa,elly,aku,maiza *they are my new lovers :)
this is my new partner :)

wawa,aku,elly *kks students :p

sukan tyme . dah fit ohhhh !

nyte class.rajin kan ?

twins <3

i love them <3

i love u nur afieqa :)

Saturday, July 16, 2011

yang dulu tak kan same macam sekarang .

Dah lama rasanya aku tinggalkan blog ni. im not leaving yet oke ? :)

 but jujurnya aku agak tak de mase sampai aku rase lappy aku tak berguna. bukan tak berguna lah tapi rase macam tak nak bukak je. kecik aty ayah aku kang kalau cakap lappy tak berguna sebab dia yang belikan. 



first mybe sebab im still a freshiee kat sini. so many thing kena buat, and aku plak telah menggedikkan diri join activity2 and grab jawatan yang ade.sampai ade yang aku tolak sebab dah mula rase tak de mase tuk diri sendiri.basically makin hari makin aku bule adapt dengan environment sekarang dah keadaan sekarang walaupun banyak yang berbeza dari uitm dulu. kalau dulu balik kelas,bule lepak kat katil,sekarang tak payah la aku berharap nak merasa katil aku.  a lot of thing i have to do smpai aku lupa yang aku sgt penat. naseb baik mama bekalkan banyak nesvita,sebab jantung aku memang masalah bila nak kena buat benda yang memenatkan.alhamdulillah migrain tak datang menyerang lagi. 


bila aku dah dekat sini, baru lah aku terfikir,plan2 nak jumpe kawan2 kat kl tu terpaksa aku lupa kan kejap.bukan tak nak tapi keadaan sekarang tak sama macam dulu lagi. bule tengok sendiri, alyaa yang dulu tu,kaki online,asal korang online je mesty nmpak name aku kan,sekarang susa kan nak nmpak ? 
ini lah aku sekarang.


mama aku lagi la resau. sebab aku tak penah duduk 'asrama' sebelum ni.dia resau aku tak dapat makan , mmg bnyk bende yang aku tak makan ,siap suh aku beli makan kat luar lagi tapi memang lah tak sempat nak beli kat luar semua. makan je lahhhh. 

dah la kot.byeeee :)